Promo for a fren :)
Article is from Berita Harian 7/10/06. Adrian, who is also known as TAd among the Arietans and close frens, was the scriptwriter. I think it's almost 2 years ago when he told me abt the making of this film. Hope this film will be a success and TAd will continue to write more good films in future :)
***********************************************
Filem Bilut angkat martabat peneroka
Oleh Rozdan Mazalan
Hasil karya Tengku Adrian dengan kerjasama Felda temui penonton 24 Oktober
BILUT dihasilkan bagi menyelami sedalam-dalamnya perit getir kehidupan sebenar awal penubuhan Felda di mana dengan berbekalkan jiwa yang kental, kehijauan bumi diteroka untuk menikmati sebuah kehidupan yang sempurna.
Penyediaan sempurna skrip yang dihasilkan Tengku Adrian Tuan Ismail dan mendapat kerjasama Felda dalam kajian serta maklumat penting digarap kemas oleh pengarahnya Badaruddin Azmi atau Bade.
Bilut yang menelan belanja sebanyak RM3.6 juta adalah filem sulung terbitan Mega Waja Sdn Bhd yang menjalani penggambaran selama dua bulan sekitar Felda Perasu, Gua Musang, Felda Serting, Bahau, Putrajaya dan Brussels, Belgium sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Felda.
Diilhamkan Tan Sri Dr Yusof Nor, Bilut menonjolkan kejayaan peneroka dalam mendidik anak sehingga mampu melanjutkan pelajaran ke luar negara biarpun sebelum ini pelbagai rintangan dilalui peneroka awal seperti kejadian banjir besar di penempatan mereka disebabkan penerokaan tanah, anak peneroka dibaham harimau, tanaman dimusnahkan gajah dan pergolakan hidup antara mereka.
Filem ini membariskan 20 pelakon terkenal seperti Rosyam Nor, Eja, Que Haidar, Rusdi Ramli, Ezlynn, Adlin Aman Ramlie serta penampilan istimewa pelakon Filipina, Jericho Rosales, selain mendapat kerjasama 300 peneroka Felda.
Bagi Rosyam Nor yang menerajui tunjang utama filem itu sebagai Yazid, bukan senang untuk merealisasikan ilham Dr Yusof yang mahukan suasana seperti mana keadaan sebenar di Felda.
“Antara aksi yang paling mencabar bagi saya ialah ketika melakukan adegan ketika banjir yang menggunakan teknik tambak di sekeliling tempat bagi mewujudkan satu keadaan yang nampak benar-benar nyata.
“Biarpun saya hanya melakonkan watak sebagai peneroka Felda yang begitu tekun dalam usahanya membina jati dirinya, namun di sebalik itu saya dapat menyelami betapa perit dan cekalnya peneroka awal dulu memerah keringat dan filem ini seharusnya ditonton generasi Felda hari ini,” katanya.
Bilut yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 24 Oktober depan sempena Aidilfitri turut mengeluarkan album runut bunyi yang mendapat kerjasama EMI Music Malaysia dan Mega Waja Sdn Bhd.
Ia menampilkan Mawi sebagai penyanyi lagu tema filem ini berjudul Semalam Hari Iniku.
Sinopsis:
PADA tahun 2006, pembuat filem dokumentari dari Australia, Gabriel tiba di Malaysia dalam usahanya mengumpul maklumat sambil melihat dan menyelami sendiri perkembangan serta kemajuan yang dilakukan Felda sejak penubuhannya 50 tahun lalu.
Kisah kejayaan Felda sebagai pemangkin ekonomi negara memberikan inspirasi kepadanya untuk menerbitkan filem dokumentari.
Di Kuala Lumpur, Gabriel bertemu sahabat lamanya Yusof seorang anak jati kelahiran Felda Bilut yang belajar di universiti Brussels pada tahun 1976. Yusof kini berjaya menjadi seorang eksekutif kanan Felda.
Maka bermulalah kisah peneroka awal tahun 1960 bernama Yazid, juga bapa Yusof. Pelbagai peristiwa pahit dihadapi Yazid. Rosli sahabatnya mati dihempap pokok ketika kerja membersihkan hutan, rumah mereka dilanda ribut dan banjir besar disebabkan kerja meratakan hutan untuk penempatan mereka, manakala kejadian yang penuh menyayat hati Yazid apabila anak bongsunya Yamin mati dibaham harimau di hadapan matanya dan isteri kesayangannya Aishah turut mati disebabkan keguguran semasa ketiadaan Yazid di rumah kerana membatu penduduk kampung memunggah baja pada malam hari.
Tetapi segala-galanya dilalui Yazid dengan penuh sabar dan cekal sehingga mampu membesarkan anak-anaknya serta berjaya memberi pendidikan sempurna sehinggakan anaknya Yusof berpeluang melanjutkan pelajarannya ke universiti Brussels.
Gabriel melihat Yazid dan Yusof sebagai simbol dua era permulaan dan perkembangan yang penting dalam sejarah penubuhan Felda di mata dunia. Felda adalah perintis segala-galanya yang lahir daripada perancangan dan wawasan serta wajar dijadikan teladan generasi akan datang.

6 Comments:
sjahril says....bilut, finally a movie. dulu masa dia story-story kat kita masa conception stage, blur giler....tak nampak. so now, jom tengok wayang.
By Anonymous, at 10/11/2006 12:38 PM
Congrats to Tad!! :)
Hope you are well darling. Take care and don't stress yourself out ya?
Hugs and mwahs
By CestmoiCK, at 10/12/2006 12:14 AM
Sjahril,
memang la kawan kita yang sorang tu talented :) Dengar cerita dia dah siapkan scripts for another 2 movies. Meh la datang KL.. kita suruh TAd belanja, hehehe.
By rose, at 10/16/2006 12:24 PM
CK dear,
Nanti kalau sempat i nak gi tengok kat cinema la cerita ni. Bila CD keluar, you nak secopy ke? *wink*
hugz
By rose, at 10/16/2006 12:56 PM
i dunno abt bilut but i watched Man Laksa on the plane! It was hilarious ... Yassin and Apek is hilarious that way! Hope all's well with the raya prep ;-)
By Anonymous, at 10/17/2006 3:39 PM
smailhello Rose,
i never knew you have this posted ion your blog. THANKS, rasa happay ada kawan2 support- anyway Bilut's over now, so moving on with another epic, hopefully by next year, a film that chronicles events during the 15th century.
by the way, missing those gatherings we used to have...
Kuih raya mana ni?> nak order...
-TAd
By TAd, at 9/10/2007 5:07 PM
Post a Comment
<< Home